14 penumpang kapal Diamond Princess dijangkiti Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MOSCOW - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan 14 rakyatnya yang dipindahkan dari kapal persiaran Diamond Princess diuji positif koronavirus (Covid-19).

Jumlah itu tambahan kepada 40 rakyat Amerika yang berada di Jepun selepas didapati positif dijangkiti virus itu sebelum proses penghantaran balik.

"Semasa proses pemindahan, selepas penumpang turun dan dibawa ke lapangan terbang, pegawai AS menerima notis 14 penumpang diuji positif Covid-19," lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Jabatan Negara hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang yang dijangkiti telah diletakkan di satu ruang khas dalam pesawat berkenaan.

Secara keseluruhan, kira-kira 300 warga Amerika telah dipindahkan, 40 daripadanya dimasukkan ke hospital di Jepun.

Kapal persiaran Diamond Princess dikuarantin di pelabuhan Yokohama pada 3 Februari dan akan berada di sana sekurang-kurangnya sehingga 19 Februari.

Terdapat 3,700 penumpang dan jumlah yang dijangkiti meningkat setiap hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: