Rumah teres dua tingkat terbakar

Sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Damai Bakti 6, Alam Damai awal pagi semalam.
Sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Damai Bakti 6, Alam Damai awal pagi semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Damai Bakti 6, Alam Damai di sini awal pagi semalam.

Penolong Penguasa Bomba, Norasmah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.16 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Sungai Besi, Tun Razak dan Hang Tuah bersama beberapa buah jentera dengan kekuatan 34 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 1700 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, kemusnahan dianggarkan 80 peratus.

"Kebakaran turut merebak ke rumah bersebelahan di bahagian bumbung dan kemusnahan dianggarkan 10 peratus.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: