Rakyat Malaysia sedia lokar serba guna, percuma untuk pelancong di Osaka

Pelancong, pelajar dan pekerja di Osaka boleh mendapatkan makanan, barangan elektrik dan sebagainya di 'Halal Food Locker Osaka'.
Pelancong, pelajar dan pekerja di Osaka boleh mendapatkan makanan, barangan elektrik dan sebagainya di 'Halal Food Locker Osaka'.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemuda yang juga pemandu pelancong di Jepun mengambil inisiatif menyediakan tiga lokar serba guna secara percuma kepada mereka yang melancong ke negara itu untuk menyimpan atau mewakafkan barang sebelum pulang ke negara masing-masing.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang dikenali Jack S Adli, 40, berkata, inisiatif itu dibuat bagi mengelakkan pelancong meninggalkan barangan di hotel atau homestay.

Menurutnya, ia juga dijadikan tempat pengumpulan makanan halal yang tidak diguna atau dihabiskan semasa bercuti di Osaka selain untuk sesiapa yang rindu pada makanan Malaysia.

Barangan keperluan asas ditinggalkan di 'Halal Food Locker Osaka'.
Barangan keperluan asas ditinggalkan di 'Halal Food Locker Osaka'.

"Saya membuka lokar makanan dan barangan kepada pelancong, pelajar dan pekerja di sini pada 2018, bermula dengan menyewa satu yang kecil berharga 1000 yen sebulan selama setahun.

"Dalam masa yang sama, saya membantu pemilik perniagaan lokar tersebut untuk menarik ramai pelancong Malaysia datang menggunakan perkhidmatannya.

"Setelah setahun, memang dapat lihat penambahan pelanggan dari Malaysia yang datang. Kemudian pemilik lokar berbesar hati memberi tiga tempat untuk meneruskan usaha 'Halal Food Locker Osaka' secara percuma," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Jack, lokar pertama adalah untuk menyimpan lebihan makanan halal yang dibawa oleh pelancong semasa melancong ke Jepun.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lokar kedua pula untuk barangan elektrik dan keperluan asas seperti pinggan, cawan, payung, baju hujan, ubatan dan bahan keperluan lain.

Barangan elektrik ditinggalkan di 'Halal Food Locker Osaka'.
Barangan elektrik ditinggalkan di 'Halal Food Locker Osaka'.

"Satu lagi untuk kemudahan peralatan solat antaranya sejadah travel, tikar dan kerusi lipat untuk warga emas yang memerlukannya.

"Alhamdulillah sehingga hari ini ia banyak membantu mereka yang berada di Osaka. Antara bahan yang paling banyak disimpan adalah makanan kering seperti mi segera, milo, tepung dan rempah ratus dari Malaysia," katanya.

Jack memberitahu, dia menyediakan lokar itu dengan bantuan pemilik secara percuma bagi memudahkan rakan-rakan yang bercuti di Osaka.

Justeru, dia berharap tiada individu menyalahgunakan lokar yang disediakan dengan meninggalkan barang-barang tidak boleh digunakan atau sampah.

"Saya juga ada menyediakan ruang solat di lokar untuk memudahkan semua Muslim menunaikan ibadah setelah keluar dari hotel sementara menunggu masa untuk ke lapangan terbang jika takut terlepas waktu," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!