Kereta sewa haram berdepan tindakan lucut hak

Jazmanie (dua dari kiri) melihat antara kenderaan yang disita dipercayai terlibat dengan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' di KLIA.
Jazmanie (dua dari kiri) melihat antara kenderaan yang disita dipercayai terlibat dengan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' di KLIA.
A
A
A

SEPANG - Khidmat kereta sewa haram atau 'ulat' bakal berdepan tindakan lucut hak kenderaan bagi kesalahan berulang.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Jazmanie Shafawi berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara mengenai tindakan bagi menangani isu 'ulat'.

Katanya, mana-mana kenderaan yang telah disita berulang selepas ini bakal berdepan dengan tindakan dilucut hak.

JPJ mengesan kegiatan 'ulat' di KLIA di KLIA, November lepas.
JPJ mengesan kegiatan 'ulat' di KLIA di KLIA, November lepas.

"Perbincangan telah dibuat sejak tiga bulan lepas dan tunggu keputusan perkara itu.

"Kita ambil pendekatan kalau hendak basmi, ambil tindakan tegas termasuk pelucutan hak.

"Berdasarkan kepada aduan yang diterima JPJ berkaitan kegiatan ‘ulat’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kita telah mengadakan tangkapan secara berterusan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di Terminal 1 KLIA di sini pada Rabu.

Turut hadir Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan dan Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bagi tempoh sejak tahun 2022 hingga 3 Disember (Selasa) lepas, JPJ telah melaksanakan 469 tangkapan di Terminal 1 KLIA dan Terminal 2 KLIA dengan jumlah denda bernilai RM1.6 juta.

JPJ mengesan kegiatan 'ulat' di KLIA di KLIA, November lepas.
JPJ mengesan kegiatan 'ulat' di KLIA di KLIA, November lepas.

Katanya, dalam tempoh 10 hari Ops Ulat KLIA diadakan bermula 25 November lalu, seramai 15 'ulat' terdiri daripada tiga warga Bangladesh, seorang Pakistan dan selebihnya tempatan telah ditahan untuk tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Mengulas mengenai modus operandi kegiatan haram yang dipercayai sindiket itu, kata Jazmanie, ada di kalangan mereka pernah beberapa kali ditahan dan berulang melakukan kesalahan sama.

"Mereka anggap hasil kereta sewa haram ini mendatangkan pulangan lumayan. Difahamkan, sekitar RM10,000 hingga RM30,000 sebulan bergantung jenis kenderaan.

"Siasatan kita mendapati 'ulat' ini menyasarkan pelancong asing sebelum didekati dan bertanya ke mana lalu dipujuk dan dipaksa. Khidmat haram ini akan mengenakan caj lebih tinggi berbanding khidmat e-hailing mahu pun teksi.

Jazmanie (dua dari kiri) melihat antara kenderaan yang disita dipercayai terlibat dengan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' di KLIA.
Jazmanie (dua dari kiri) melihat antara kenderaan yang disita dipercayai terlibat dengan kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' di KLIA.

"Berdasarkan siasatan kita, caj RM100 dikenakan mereka dari KLIA ke sebuah hotel terkenal di Kota Warisan, manakala KLIA ke Kuala Lumpur mencecah RM300," ujarnya.

Tambah beliau, sebagai langkah pencegahan, JPJ melaksanakan operasi berterusan termasuk menyamar sebagai penumpang.

Sebagai langkah pencegahan, JPJ melaksanakan operasi berterusan termasuk menyamar sebagai penumpang.
Sebagai langkah pencegahan, JPJ melaksanakan operasi berterusan termasuk menyamar sebagai penumpang.

"JPJ akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau pemilik, pemandu kenderaan yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

"Orang awam dinasihat supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing supaya tidak terjerat dalam perkhidmatan 'ulat'," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!