Tiada had pembelian topeng muka, cecair pembasmi kuman

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) pada Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak Covid-19 di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) pada Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak Covid-19 di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak menetapkan sebarang had bagi pembelian topeng muka dan cecair pembasmi kuman berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pembelian besar-besaran hanya berlaku di sesetengah lokasi di negara ini.

"Pembelian besar-besaran tidak berlaku di seluruh negara, hanya di tempat tertentu saja," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi dialog bersama pemain industri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen.

Saifuddin berkata, kerajaan sedang memberi fokus untuk mencukupkan bekalan melalui kerjasama dengan pengeluar tempatan bagi memenuhi permintaan.

Beliau berkata, syarikat pengeluar telah menyatakan persetujuan untuk meningkatkan pengeluaran.

"Dalam perbincangan, mereka telah bersetuju dan saya telah memaklumkan kepada Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)," katanya.

Artikel Berkaitan: