Pengaruh alkohol punca pemandu hilang konsentrasi

Dr Kulanthayan (dua dari kanan) bersama dua lagi panelis, Dr Low (dua kiri) dan Rozlim (kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri 156 bertajuk 'Pemandu Mabuk: Perlukah hukuman berat' di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf Seksyen 15 di sini malam ini.
Dr Kulanthayan (dua dari kanan) bersama dua lagi panelis, Dr Low (dua kiri) dan Rozlim (kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri 156 bertajuk 'Pemandu Mabuk: Perlukah hukuman berat' di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf Seksyen 15 di sini malam ini.
A
A
A
SHAH ALAM -Pengaruh alkohol boleh menyebabkan pemandu hilang konsentrasi, kata Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan (MKJR), Profesor Dr Kulanthayan Kc Mani.

Menurutnya, memandu di bawah pengaruh alkohol mampu mengurangkan waktu reaksi pemandu, mengganggu keseimbangan diri dan mereka juga sukar membuat keputusan dari segi kelajuan kenderaan.

Beliau berkata, selain itu tumpuan dan konsentrasi pemandu menjadi semakin berkurang malah penglihatan akan menjadi semakin kabur dan paling berbahaya mereka sering membuat keputusan luar jangkaan.

"Apabila kita melihat isu mabuk ini kita juga boleh melihat dari skop yang lebih luas lagi. Selalu kita maklum sebagai pemanduan di bawah 'pengaruh'. Salah satu sebabnya ialah mabuk disebabkan alkohol.

"Tapi jangan lupa, (memandu di bawah pengaruh) dadah juga kesannya pun sama dan kalau kita ambil ubat yang boleh menyebabkan mengantuk pun, juga mampu memberikan kesan sama," katanya.
Artikel Berkaitan:


Dr Kulanthayan berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri 156 bertajuk 'Pemandu Mabuk: Perlukah hukuman berat' di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf Seksyen 15 di sini malam ini.

Wacana dikendalikan moderator, Amin Idris manakala Dr Kulanthayan bersama Pegawai Turus Kes Profil Tinggi dan Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Rozlim Che Ali dan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Low Suet Fin sebagai panelis.