Premis hiburan tawar GRO digempur

Polis menyerbu sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi dan menahan enam wanita warga asing disyaki GRO.
Polis menyerbu sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi dan menahan enam wanita warga asing disyaki GRO.
A
A
A

KLANG - Polis menggempur sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang di sini yang menawarkan khidmat layanan gadis pelayan pelanggan (GRO) malam tadi.

Serbuan Ops Noda itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor kira-kira jam 11 malam, hasil maklumat dan risikan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, operasi itu berjaya menahan seramai enam wanita warga Vietnam disyaki GRO berusia lingkungan 25 tahun hingga 30-an.

"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Polis menyerbu sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi dan menahan enam wanita warga asing disyaki GRO.
Polis menyerbu sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, Klang malam tadi dan menahan enam wanita warga asing disyaki GRO.

Beliau berkata, pihaknya kemudian merampas pelbagai peralatan audio, kayu snuker, set bola serta wang tunai RM717.

Katanya, siasatan mendapati GRO itu digajikan untuk melayan pengunjung minum sebelum diberi tip oleh pelanggan dan pihaknya percaya, GRO terbabit mampu memperoleh duit tip mencecah purata RM200 setiap malam.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.