Usul undi percaya bukan tindakan 'buang tabiat', kata Nasrudin

Nasruddin
Nasruddin
A
A
A

SHAH ALAM - Usul percaya kepada Perdana Menteri pernah dikemukakan di Dewan Rakyat pada tahun 1976 oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat pula tidak pernah berlaku di negara ini kecuali di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Ketua Menteri Sarawak pada 1966 dan Menteri Besar Selangor (1976) serta Menteri Besar Kelantan (1977).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan sehubungan itu berkata, cadangan Pas untuk mengemukakan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bukan satu tindakan ‘buang tabiat’.

Menurutnya, ada pihak yang beranggapan sedemikian kerana Pas mahu melakukan perkara yang didakwa ‘tidak pernah dibuat orang’ walaupun realitinya usul percaya pernah dikemukakan di Dewan Rakyat.

“Pas mahu mengemukakan usul percaya kepada Dr Mahathir demi menegaskan pendirian asal Pas iaitu mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

“Pendirian ini mengambil kira soal kepentingan rakyat dan negara. Perdana Menteri adalah satu posisi yang sangat penting dan signifikan untuk menjamin kestabilan politik, ekonomi dan juga sosial negara.

“Terlebih utama, bagi nilaian Pas mutakhir ini ialah berkait dengan kepentingan Islam termasuk kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera,” katanya dalam laporan portal harakahdaily.net hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas fokus perkukuh Muafakat Nasional dengan UMNO

Pas pertahan usul percaya terhadap PM

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan Pas akan mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula bulan depan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Pas berpendapat usul terbabit perlu dikemukakan atas dasar kepentingan awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tetap sokong kepimpinan Dr Mahathir