Dewan Rakyat lulus usul tukar baki pinjaman UDA Holdings

Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan usul kerajaan untuk membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman kerajaan dalam UDA Holdings Bhd kepada ekuiti (modal saham).

Usul yang dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan itu diluluskan tanpa dibahas.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, usul tersebut melibatkan baki pinjaman kerajaan sebanyak RM165.28 juta untuk ditukar kepada unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham dalam UDA Holdings.

"Tujuan pinjaman ini ditukarkan kepada ekuiti adalah untuk mengurangkan beban kewangan UDA Holdings memandangkan sumber kewangan syarikat tersebut telah terhad iaitu melalui dana sedia ada yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi syarikat dan melaksanakan projek-projek pembangunan bagi pertumbuhan ekonomi dalam negara.

“Walaupun kedudukan kewangan syarikat itu kukuh, namun berdasarkan peraturan perakaunan, hasil perlu direkodkan setelah transaksi selesai walaupun pembayaran masih belum diterima,” katanya ketika membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebagi rekod, UDA Holdings adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).