X

Kindly register in order to view this article
!

Rak pasar raya kosong, rakyat Singapura buat pembelian panik

Penduduk Singapura kini panik membeli barangan keperluan harian di pasar raya utama selepas kerajaan bertindak menaikkan amaran Dorscon dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan wabak koronavirus.FOTO: Twitter Doradong
A
A

SINGAPURA – Penduduk Singapura melakukan pembelian panik melibatkan barangan keperluan harian di pasar raya utama susulan tindakan kerajaan bertindak menaikkan amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (Dorscon) dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan wabak koronavirus.

Pengumuman itu menyebabkan kebanyakan rakyat dengan bertopeng muka bergegas ke pasar raya bagi membeli barangan seperti beras, mi dan tisu tandas.

Dalam pada itu, beberapa gambar memaparkan rak kosong, troli dipenuhi barang dan rakyat Singapura mula beratur panjang di kaunter pasar raya kini tular di media sosial.

Perkembangan itu mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia yang bimbang situasi sama mungkin akan berlaku jika kerajaan tidak bertindak segera.

“Saya risau perkara sama akan berlaku di Malaysia sebab kita dah berjiran dengan Singapura dan masih ada pesakit yang menghidap wabak koronavirus sedang dirawat di negara kita,” tulis Zahar Izdin di Twitter.

Chun Sing dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya memberitahu tiada keperluan untuk orang ramai melakukan pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.
Chun Sing dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya memberitahu tiada keperluan untuk orang ramai melakukan pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.

Zaharina Harun pula berkata, “Saya sebagai rakyat Singapura bimbang jika kerajaan menaikkan lagi tahap amaran, kami mungkin tidak dibenarkan keluar rumah. Sekarang ini, masyarakat di sini sudah mula panik sejak amaran jingga dikeluarkan."

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya memberitahu, tiada keperluan untuk orang ramai melakukan pembelian panik kerana bekalan sentiasa mencukupi.

Penduduk Singapura kini panik membeli barangan keperluan harian di pasar raya utama selepas kerajaan bertindak menaikkan amaran Dorscon dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan wabak koronavirus. FOTO: AFP
Penduduk Singapura kini panik membeli barangan keperluan harian di pasar raya utama selepas kerajaan bertindak menaikkan amaran Dorscon dari tahap kuning ke jingga bagi membendung penularan wabak koronavirus. FOTO: AFP

“Pihak kementerian sentiasa berhubung rapat dengan peruncit dan saya memberi jaminan tiada risiko untuk kita mengalami kehabisan bekalan keperluan. Jadi, rakyat Singapura tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukan pembelian seperti mi dan juga beras.

“Bagaimanapun, kita semua perlu memainkan peranan penting agar tidak melakukan pembaziran dengan membeli barangan yang tidak diperlukan. Ini akan menimbulkan panik dan tidak membantu memudahkan insiden yang sedang menimpa kita,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN Amaran jingga koronavirus: PM Singapura minta rakyat jangan cemas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus