Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Majlis tandatangan Perjanjian Air antara Malaysia dan Singapura dibuat pada September 1962 di Johor Bahru.
Majlis tandatangan Perjanjian Air antara Malaysia dan Singapura dibuat pada September 1962 di Johor Bahru.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar undang-undang berpendapat Malaysia mempunyai hak dan boleh menuntut semakan perjanjian air kontroversi Malaysia-Singapura 1962 selepas 25 tahun perjanjian itu ditandatangani.

Pensyarah Undang-Undang, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, pilihan untuk mengkaji dan mengubah perjanjian itu sentiasa terbuka sejak tahun 1987 iaitu selepas 25 tahun perjanjian tersebut dimeterai.

“Berdasarkan Perjanjian 1962, Malaysia berhak menuntut semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan Klausa 14 dalam Perjanjian 1962.

Klausa itu menyatakan: Provisi perenggan (i) dan (ii) pada klausa terdahulu bagi kedua-duanya mestilah bergantung kepada semakan semula selepas tamat tempoh iaitu 25 tahun selepas kedua-dua ini dimeterai. “Dua puluh lima tahun selepas tahun 1962 bermaksud bila-bila masa selepas 1987.

Itu tidak bermaksud semakan semula mesti dibuat pada kadar segera tetapi ‘bila-bila masa’ selepas 1987,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya, perjanjian itu hanya melibatkan Malaysia dan Singapura, sepatutnya atas dasar setiakawan dan sesama ahli ASEAN tidak timbul masalah membincangkan perkara yang membawa kedamaian dan kemakmuran kedua-dua negara. Malah, sepertimana yang dilaporkan, Singapura telah pun bersetuju untuk berbincang.

Artikel Berkaitan:

Khairil Azmin Mokhtar
Khairil Azmin Mokhtar

Ditanya apakah langkah yang perlu dilakukan kerajaan Malaysia bagi menuntut hak menyemak semula harga tersebut, Khairil berkata, Malaysia telah pun mengambil langkah wajar dengan menyatakan hasrat untuk berbincang dengan Singapura.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Putrajaya, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Singapura pada 12 November 2018, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mendapatkan persetujuan untuk memulakan rundingan perjanjian air.

Kedua-dua Perdana Menteri bersetuju agar Peguam Negara Malaysia dan Singapura mengadakan rundingan berkenaan.

Seterusnya, Peguam Negara Malaysia dan Singapura mengadakan rundingan pertama di mana kedua-dua pihak bersetuju bahawa perjanjian itu wajar dikaji.Kini kedua-dua pihak seharusnya memasuki fasa kedua rundingan iaitu membincangkan modaliti penentuan harga air baharu.

Khairil berkata, Malaysia memberikan subsidi kepada Singapura dengan menjual air mentah sejumlah 250 juta gelen sehari pada kadar hanya 3 sen (S$1 sen) bagi setiap 1,000 gelen.

“Jelas ia merugikan Malaysia. Oleh itu, semakan semula harga penjualan air mentah adalah sesuai dengan kos yang sentiasa meningkat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Bekalan Air: Kaji semula perjanjian lapuk

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan

Amaran krisis bekalan air

Teroka teknologi simpan air hujan

Sudah tiba masa Malaysia bertegas dengan Singapura

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen

Perjanjian air: Malaysia berhak semak selepas 25 tahun