Sudah tiba masa Malaysia bertegas dengan Singapura

Singapura membayar pampasan RM320 juta dan menanggung kos pembinaan serta penyelenggaraan Empangan Linggiu di Johor yang membekalkan air ke republik itu. - Foto Lembaga Perbekalan Awam Singapura Gambar kecil: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Singapura membayar pampasan RM320 juta dan menanggung kos pembinaan serta penyelenggaraan Empangan Linggiu di Johor yang membekalkan air ke republik itu. - Foto Lembaga Perbekalan Awam Singapura Gambar kecil: Khairul Faizi Ahmad Kamil
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penyelesaian secara diplomatik antara Malaysia-Singapura berkenaan kemelut perjanjian air disambut baik rakyat terutama penduduk di Johor yang sudah lama menunggu penyelesaian terhadap isu tersebut.

Pengerusi Kongres Rakyat Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, isu bekalan air yang disalurkan kepada Singapura pada harga yang sangat rendah sudah dibincangkan sejak sekian lama, namun masih buntu mencapai keputusan yang diharapkan.

Katanya, Malaysia membekalkan air kepada Singapura melalui perjanjian pada tahun 1927 diikuti dengan Perjanjian Sungai Johor pada 1962 yang berakhir pada tahun 2061, memberikan negara itu 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air terawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

“Pada 1990, Singapura-Malaysia dan kerajaan negeri Johor memeterai perjanjian baharu membolehkan Singapura membina empangan di Sungai Linggiu (cabang Sungai Johor) bagi memproses sendiri air dan menaikkan kapasiti pengeluaran air mereka.

“Pada 12 November 2018, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengadakan rundingan semula mengenai perjanjian bekalan air mentah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Namun, menurut Khairul Faizi, kenyataan oleh Menteri Luar Singapura dalam sidang Parlimen Singapura pada 1 Mac 2019 tidak menggambarkan persefahaman kedua-dua negara, malah beliau mengkritik Malaysia.

“Persoalannya, sampai bilakah kerajaan Malaysia terus bertahan dengan pendirian membuat perundingan sedangkan tiada reaksi positif daripada Singapura?

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan Malaysia hendaklah membawa perkara ini ke proses timbang tara seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian 1962 kerana Singapura tidak menunjukkan minat untuk berunding,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran krisis bekalan air

Teroka teknologi simpan air hujan

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Perjanjian air: Kaji semula perjanjian lapuk

Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen