KPDNHEP rampas 1,536 peket gula

KPDNHEP Kuala Lumpur merampas 1,536 peket gula dalam operasi di sebuah premis runcit di Sungai Besi, Kuala Lumpur, kelmarin.
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas 1,536 peket gula dalam operasi di sebuah premis runcit di Sungai Besi, Kuala Lumpur, kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 1,536 peket gula bernilai RM4,377.60 dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Besi, di sini kelmarin.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin berkata, operasi kira-kira jam 10 pagi hasil aduan awam itu mendapati premis runcit terbabit disyaki melakukan kesalahan menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gula melebihi had simpanan yang ditetapkan kepada lesen runcit.

"Kita telah merekod keterangan pemilik premis warga tempatan berusia lingkungan 30-an untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan apa yang dimaklumkan pemilik premis terbabit, dia mendakwa menyimpan gula melebihi had atas alasan musim perayaan selain hendak dibekalkan ke premis berhampiran," katanya kepada pemberita di Stor KPDNHEP Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ariffin (tengah) menunjukkan gula yang dirampas pihaknya dalam operasi di sebuah premis runcit di Sungai Besi, Kuala Lumpur, kelmarin kerana menyimpan barang kawalan berjadual melebihi had simpanan yang ditetapkan lesen.

Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, beliau mengingatkan mana-mana peruncit atau pemborong mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dan tidak melanggar undang-undang berkaitan barang kawalan untuk mengelakkan daripada mereka dikenakan tindakan tegas.

"Tahun ini kita buat pemeriksaan secara rawak di premis runcit dan pemborong sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, berkenaan operasi barang kawalan, tahun ini, KPDNHEP Kuala Lumpur telah melaksanakan tiga operasi manakala tahun lalu, 13 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM50,287.85.