Koronavirus: Belum ada keperluan henti aktiviti awam

Amirudin - Foto Pejabat MB Selangor
Amirudin - Foto Pejabat MB Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Belum ada keperluan menghentikan sebarang aktiviti awam di Selangor susulan penularan wabak koronavirus, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat tindakan khas bersama Kementerian Kesihatan (KKM) semalam yang memaklumkan keadaan terkawal dan belum ke tahap untuk menghentikan program atau himpunan awam.

"Belum ada saranan tersebut setakat semalam kerana hampir 80 peratus mereka yang dijangkiti wabak itu telah dapat dikawal dalam negara.

"Namun begitu ingatan saya kepada masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dan melakukan pemeriksaan awal jika mempunyai simptom koronavirus," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut mengambil langkah pemantauan secara menyeluruh dengan tidak hanya menumpukan perjalanan keluar masuk dari China sahaja.

"Pengawasan itu dilakukan di semua kawasan yang berisiko tinggi. Kalau kita lihat kes terbaharu yang melibatkan satu-satunya rakyat Malaysia, dia dijangkiti ketika pulang dari Singapura bermakna semua kes bukan dari China.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Dua rakyat Malaysia disahkan positif

Tiada kes koronavirus di GM Klang

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan negeri cuba mendapatkan verifikasi virus dan menunggu arahan daripada KKM dari semasa ke semasa. Saya yakin dengan kemampuan KKM menangani penularan wabak ini yang turut mendapat pengiktirafan daripada wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.