Koronavirus: Johor tangguh program libatkan perhimpunan awam

Dr Sahruddin ( tengah) pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar hari ini.
Dr Sahruddin ( tengah) pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua program kerajaan negeri yang melibatkan perhimpunan awam berskala besar pada Februari ini akan ditangguhkan berikutan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta mengurangkan aktiviti membabitkan perhimpunan ramai.

"Dua program anjuran kerajaan negeri iaitu Semarak Juara Sukma XX Johor dan Festival Layang- layang Sedunia Pasir Gudang 2020 akan ditangguhkan.

"NGO yang tidak dapat menangguhkan program boleh mengurangkan kehadiran orang ramai termasuk perarakan Chingay pada 14 Februari depan dan Thaipusam," katanya pada sidang akhbar khas di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri Johor, Dr Aman Rabu.

Beliau juga berharap masyarakat mengambil langkah pencegahan sewajarnya, kerap membasuh tangan, memakai tutup mulut dan hidung dan mengutamakan kebersihan diri.

Program Semarak Juara Sukma XX Johor dijadual diadakan pada 15 Februari di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Festival Layang- layang Sedunia Pasir Gudang 2020 pula pada 26 Februari hingga 1 Mac depan.

Terdahulu dilaporkan, sebanyak 20,650 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di seluruh dunia dengan 427 kematian direkodkan sehingga semalam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu seorang rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan koronavirus, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN Koronavirus: Dua rakyat Malaysia disahkan positif