Beli aset tentera: Mohamad sedia dedah laporan jawatankuasa khas

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan dokumen antara Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said (dua, kanan) dengan Pemegang Amanah, Yayasan LTAT, Datuk Azzat Kamaludin (dua, kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM, Hari ini. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (tiga, kanan), Timbalan Naib Canselor ICAEN, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad (kanan) dan Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amlizan Mohamed (kiri). - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, beliau bersedia mendedahkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes pembelian aset mencurigakan kementerian ketika pentadbiran kerajaan terdahulu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, pihak kementerian tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung isu tersebut.

“... kalau ditanya di Parlimen, saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM Puncak Alam.

Menurut Mohamad, laporan kedua jawatankuasa siasatan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu akan diserahkan kepada beliau sebelum akhir bulan ini.

Mohamad sebelum ini dipetik berkata, pihaknya akan mendedahkan laporan tersebut kepada umum selepas kementerian menerima laporan kedua daripada jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei lalu.

Pada 22 Mei tahun lepas, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan berkaitan Kementerian Pertahanan termasuk isu pembelian dua unit kapal selam Scorpene serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: