Koronavirus: Hospital baharu Wuhan mula terima pesakit

Pekerja perubatan membantu kumpulan pertama pesakit yang dijangkiti koronavirus bergerak ke wad mereka di Hospital Huoshenshan. - Foto Xinhua
Pekerja perubatan membantu kumpulan pertama pesakit yang dijangkiti koronavirus bergerak ke wad mereka di Hospital Huoshenshan. - Foto Xinhua
A
A
A

BEIJING - Sebuah hospital yang baru dibina di bandar Wuhan, China hari ini mula menerima pesakit yang dijangkiti koronavirus.

Kumpulan pertama pesakit dipindahkan ke Hospital Huoshenshan selepas pembinaan kemudahan itu siap dalam masa 10 hari.

Hospital tersebut adalah salah satu daripada dua hospital sementara yang digunakan untuk merawat pesakit dijangkiti wabak Wuhan.

"Kami melakukan segala usaha untuk menyediakan rawatan bagi pesakit, bahan perubatan dan langkah pencegahan," kata ketua hospital, Zhang Sibing.

Katanya lagi, hospital terbabit mempunyai prosedur yang ketat meliputi kemasukan, diagnosis dan rawatan pesakit.

Semua anggota perubatan yang bertugas di Hospital Huoshenshan juga telah menjalani penilaian dan kelayakan.

Selain itu, hospital berkenaan menempatkan lebih 10 pakar penyakit berjangkit, pakar pernafasan dan rawatan rapi untuk memberi panduan mengenai pengendalian kes yang kompleks.

Wuhan juga dilaporkan bersedia mengubah tiga tempat sedia ada termasuk gimnasium dan pusat pameran kepada hospital sementara untuk menerima pesakit dijangkiti koronavirus. - Xinhua

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital kedua koronavirus siap dibina dalam tempoh 10 hari