NUTP saran kerajaan wujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk rakyat

Harry Tan Huat Hock
Harry Tan Huat Hock
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran agar mewujudkan kelas-kelas intensif Bahasa Inggeris secara percuma kepada rakyat terutama golongan yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi dan pekerja bidang kemahiran serta mereka yang bekerja di luar bandar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, saranan itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pekerja dalam kalangan rakyat.

“Pihak NUTP merayu kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mempertimbangkan cadangan ini, demi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia.

“Impak program seumpama ini perlu diukur dan dikaji demi melonjakkan masa hadapan ekonomi negara,” katanya.

Huat Hock berkata, Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan dengan kepesatan teknologi moden. - Bernama

Artikel Berkaitan: