Lokman dibebas dengan jaminan polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam dibebaskan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dengan jaminan polis.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengesahkan perkara itu berkata Lokman ditahan untuk membantu siasatan berhubung satu video 'Live' - Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib.

“Saya difahamkan beliau telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang tempoh beliau ditahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lokman dikatakan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang semalam sebelum ditahan pihak polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata Lokman ditahan oleh pihak Bukit Aman.

“Penahanan oleh pihak Bukit Aman sekitar pukul 10 malam tadi dan ditahan di lokap IPD Dang Wangi,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Artikel Berkaitan: