Warga Malaysia antara 15 dihalang masuk Singapura hari ini

Pemegang pasport Malaysia antara 15 pengembara yang dihalang memasuki Singapura.
Pemegang pasport Malaysia antara 15 pengembara yang dihalang memasuki Singapura.
A
A
A

SINGAPURA - Seorang pemegang pasport Malaysia antara 15 pengembara yang dihalang memasuki Singapura oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu pada jam 1 tengah hari tadi.

Menurut ICA, pengembara itu dihalang kerana sama ada mempunyai sejarah perjalanan ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari lepas atau penggantungan kemudahan visa berkuat kuasa pada Sabtu malam.

ICA berkata demikian dalam respons kepada pertanyaan media mengenai pengembara yang disekat masuk sejak 1 Februari 2020.

Selain Malaysia, media tempatan melaporkan warganegara lain ialah Sepanyol (satu), Amerika Syarikat (dua), China (lima), India (lima) dan Britain (satu).

Singapura mengumumkan pada 31 Januari, semua pelawat baharu yang pernah ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari lepas tidak dibenarkan masuk atau transit di Singapura berkuat kuasa semalam.

Langkah itu diputuskan Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai jangkitan koronavirus Wuhan untuk mengehadkan potensi risiko daripada pelawat baharu tiba dari China kepada Singapura. - Bernama

Artikel Berkaitan: