CEO, tiga pegawai kanan syarikat pengurusan air direman

Empat termasuk seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat pengurusan air yang ditahan SPRM atas dakwaan terlibat dalam kegiatan rasuah.
Empat termasuk seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat pengurusan air yang ditahan SPRM atas dakwaan terlibat dalam kegiatan rasuah.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh termasuk empat pegawai kanan sebuah syarikat pengurusan air yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Humairah KM Haider di Kompleks Mahkamah Kuantan di sini, hari ini

Ketujuh-tujuh suspek yang berusia antara 30-an hingga 60-an yang memakai baju lokap berwarna jingga sebelum itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada pukul 9.20 pagi dan keluar sejam kemudian diiringi pegawai SPRM.

Mereka terdiri daripada empat pegawai kanan termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pengurusan air tersebut dan tiga pemilik syarikat kontraktor yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk memonopoli projek pembekalan air di negeri.

Semalam, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali 'Op Cuci' yang dilakukan SPRM.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Sementara itu, menurut sumber yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan semalam, kegiatan pegawai kanan itu sudah berlangsung sejak 2014 lagi dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, projek-projek yang dikeluarkan badan negeri itu dimonopoli dan dikawal oleh seorang kontraktor.

Menurutnya, projek itu dimonopoli oleh lapan buah syarikat namun syarikat itu disyaki dikawal oleh kontraktor berkenaan yang turut dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan termasuk CEO berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Modus operandi sindiket ini ialah memberi tumpuan kepada kerja-kerja dibawah RM50,000 saja dan kesemuanya dikesan dibolot oleh lapan syarikat terbabit.

“Siasatan awal mendapati kesemua kerja-kerja ini diberikan secara runding terus dan jika terdapat bagi projek kos melebihi RM50,000 pula akan dilaksanakan secara pecah kecil serta dibahagikan kepada dua fasa atau tiga fasa.

“Ini bertujuan mengelakkan berlakunya proses sebut harga yang sememangnya menyalahi peraturan kewangan yang ditetapkan jika ja diteruskan secara rundingan terus,” katanya.

Sumber turut menjelaskan, siasatan mendapati CEO terbabit juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana syarikat untuk melaksanakan projek bagi kerja-kerja yang tidak melebihi RM3 juta.

“Situasi ini dikesan membolehkan beliau menyalahgunakan kuasa untuk menentukan syarikat kroni bagi memperoleh tender terbabit.

“Hampir kesemua syarikat itu dikesan didaftarkan di Pahang dan hanya satu didaftar di Kuala Lumpur,” katanya.