Anak benih pokok kelapa berpenyakit dari Vietnam disita

Sebanyak 9,000 kilogram anak benih pokok kelapa bernilai RM42,501 disita Maqis di Pintu Masuk Pelabuhan Klang Barat.
Sebanyak 9,000 kilogram anak benih pokok kelapa bernilai RM42,501 disita Maqis di Pintu Masuk Pelabuhan Klang Barat.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyita sebanyak 9,000 kilogram anak benih pokok kelapa dari Vietnam kerana berpenyakit semasa masuk ke dalam negara ini.

Pengarah Maqis Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, anak benih itu dirampas ketika pemeriksaan rutin harian dijalankan pegawai penguat kuasa Maqis di Pintu Masuk Pelabuhan Klang Barat.

Katanya, kesemua anak benih berkenaan dianggarkan bernilai RM42,501.

"Hasil pemeriksaan ke atas anak benih berkenaan mendapati ada sebahagian daripadanya mempunyai perosak (kulat) semasa masuk ke dalam negara ini.

"Keluaran pertanian yang diimport berpenyakit merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 14(b) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian anak benih pokok kelapa dari Vietnam ini didapati berkulat.
Sebahagian anak benih pokok kelapa dari Vietnam ini didapati berkulat.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, Maqis sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke negara ini supaya setiap keluaran pertanian tersebut bersih, tiada perosak dan penyakit, bahan cemar dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: