SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan Airbus, dua eksekutif AirAsia


Latheefa Koya
Latheefa Koya
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan Airbus dan dua eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia).

Beliau berkata, SPRM juga telah menghubungi pihak berkuasa United Kingdom (UK) berhubung perkara itu.

“Di bawah Akta SPRM, kami mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana warganegara atau penduduk tetap Malaysia di mana-mana tempat luar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau susulan pendedahan mengenai dakwaan rasuah melibatkan Airbus dan dua eksekutif dari AirAsia di UK semalam.

Memetik laporan akhbar tempatan UK, The Telegraph, dua eksekutif AirAsia dan AirAsia X disebut dalam dokumen undang-undang yang menyenaraikan insiden rasuah oleh Airbus bagi mendapatkan kontrak melalui orang tengah untuk menjual pesawatnya di seluruh dunia.

Dokumen itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian bernilai berbilion dolar yang dicapai dengan pihak berkuasa anti rasuah di Britain, Perancis dan Amerika Syarikat, selepas pengeluar kapal terbang Eropah itu mengakui kewujudan ‘beberapa peringkat amalan rasuah dalam perniagaannya’.

Artikel Berkaitan: