Sinar Harian, Capital Route kongsi rezeki Ramadan

SHAH ALAM - Sebanyak 500 kampit beras Cap Astana lima kilogram (kg) bersama tambahan 150 gram percuma akan diagihkan kepada golongan memerlukan menerusi kerjasama Sinar Harian dan Capital Route Sdn Bhd (Capital Route) sempena Ramadan.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan bagi membantu berpendapatan rendah, warga emas serta ibu tunggal sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar, khususnya menjelang Aidilfitri.
Inisiatif berkenaan dilaksanakan menerusi kempen Suara Rakyat yang terus memperkukuh peranan Sinar Harian sebagai medium menyantuni masyarakat pelbagai lapisan.

Pengurus Pemasaran dan Komuniti Sinar Harian, Rosli Ahmad berkata, program berkenaan merupakan manifestasi komitmen berterusan mereka dalam mendekati dan memahami denyut nadi rakyat.
“Melalui Suara Rakyat, kita bukan sekadar membawa suara masyarakat ke hadapan, tetapi turut turun padang menyantuni mereka yang memerlukan.
"Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki dan kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima,” katanya.
Beliau memberitahu, kolaborasi bersama Capital Route membuktikan sinergi antara media dan rakan strategik mampu menghasilkan impak lebih menyeluruh kepada komuniti.
Dalam pada itu, beras Cap Astana yang diagihkan merupakan wajah baharu kepada jenama beras Cap Masjid sudah lama berada di pasaran dan dikenali ramai.
Penjenamaan semula itu menampilkan identiti lebih segar tanpa menjejaskan kualiti beras yang menjadi pilihan pengguna sebelum ini.
Program ini juga sebahagian daripada inisiatif berterusan pihak pengeluar dalam menyantuni masyarakat serta mendekatkan produk mereka dengan komuniti setempat.
Sinar Harian komited untuk terus memainkan peranan sebagai jambatan antara rakyat dan pelbagai pihak berkepentingan, selari dengan aspirasi memperkasa komuniti melalui pendekatan lebih inklusif dan berimpak.
Ringkasan AI
- Sebanyak 500 kampit beras Cap Astana 5 kg dengan tambahan 150 gram percuma akan diagihkan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan
- Program CSR dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, warga emas dan ibu tunggal
- Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen Suara Rakyat oleh Sinar Harian
- Kolaborasi dengan Capital Route untuk menghasilkan impak lebih menyeluruh kepada komuniti
- Beras Cap Astana merupakan rebranding dari beras Cap Masjid, mengekalkan kualitas dalam menyantuni masyarakat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

