Koronavirus: 40 pelajar Malaysia di China telah pulang

Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images
Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 40 pelajar yang rata-ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan koronavirus di China.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah menjalani ujian saringan kesihatan di lapangan terbang Malaysia dan dikuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing.

“Pihak Education Malaysia Beijing juga telah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan maklum balas tahap kesihatan. Setakat ini, pelajar yang pulang berada dalam keadaan sihat dan baik," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan semua pelajar terbabit turut diberikan garis panduan kesihatan yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan lapan kes koronavirus yang kesemuanya melibatkan warga China.

Kerajaan kini dilaporkan memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia di Wilayah Hubei berikutan penularan virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Artikel Berkaitan:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.