Felcra nafi anjur Himpunan Warga Felcra 2.0 esok

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Felcra Berhad menafikan pihaknya terlibat dalam penganjuran Himpunan Warga Felcra 2.0 di Kampung Gajah, Pasir Salak yang dijadual berlangsung esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengurusan Felcra berkata, pihaknya juga tidak pernah membuat apa-apa hebahan sepertimana yang tersebar.

Menurut kenyataan itu lagi, agenda forum menerusi program berjudul 'Isu Felcra dan Undang-undang' juga tidak melibatkan kehadiran panel rasmi dari Felcra Berhad.

"Oleh itu, sebarang perbincangan tersebut adalah tidak mengikut prosedur dan tatacara syarikat serta tidak melambangkan kenyataan rasmi dari pengurusan syarikat.

"Justeru, pengurusan syarikat menegaskan bahawa aspek keharmonian di kalangan peserta dan pengurusan sentiasa dipelihara," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihak Felcra Berhad menegaskan jika wujud sebarang ketidakpuasan hati, ia perlu diselesaikan dengan menggunakan kaedah musyawarah dengan menggunakan platform rasmi syarikat.

Himpunan Warga Felcra 2.0 dianjurkan Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal Pas di Markaz Pas Kawasan Pasir Salak Kampung Gajah.

Perasmian himpunan tersebut dijadual disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Artikel Berkaitan: