Pengeluaran 3 model iPhone dikurangkan


Permintaan melemah di China untuk iPhone Apple berikutan ekonomi yang perlahan.
Permintaan melemah di China untuk iPhone Apple berikutan ekonomi yang perlahan.
A
A
A
NIKKEI Asian Revies melaporkan Apple merancang untuk memotong 10 peratus pengeluaran bagi tiga model iPhone terbaharu, selepas seminggu syarikat itu mengeluarkan ramalan jualan suku tahunannya.

Langkah yang jarang berlaku itu berikutan permintaan yang melemah di China untuk iPhone Apple di tengah-tengah ekonomi yang perlahan, selain perang perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ramai penganalisis dan pengguna mengatakan bahawa iPhone baharu ini terlalu mahal.

Memetik laporan Reuters, Nikkei berkata, Apple meminta para pembekalnya bulan lalu menghasilkan model lebih kurang daripada yang dirancang XS, XS Max dan XR dengan menyebut sumber yang mengetahui permintaan itu.

"Jumlah pengeluaran keseluruhan dirancang kedua-dua iPhone lama dan baharu dijangka akan dipotong kepada 40 juta hingga 43 juta unit untuk suku Januari hingga Mac, daripada unjuran sebelumnya sebanyak 47 juta hingga 48 juta unit," kata Nikkei.
Artikel Berkaitan: