Kemelut dalaman PKR tak jejas peluang Anwar jadi PM

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

KAJANG - Konflik membabitkan dua kumpulan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menjejaskan peluang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap, kemelut itu tidak ada kaitan dengan isu peralihan kuasa tersebut memandangkan keputusan mengenainya diputuskan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH).

"Terjejas atau tidak? Bergantung kepada PH ubah atau tidak konsensus itu. Hari ini, tiada perubahan. Ke depan, tidak ada nampak tanda-tanda perubahan. Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar datang daripada PH.

"PH adalah pakatan yang menguasai majoriti dalam Parlimen. Jadi yang menentukan kedudukan Datuk Seri Anwar berjaya atau tidak itu keputusan PH," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Beli Barangan Malaysia Dengan Tesco di Tesco Extra Kajang di sini, hari ini.

Selain keputusan dalam konsensus PH, Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan sokongan daripada ahli Parlimen juga penting memandangkan PH merupakan pakatan yang menguasai majoriti dalam Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN Isu Zuraida: Anwar minta penyokong, pihak membantah bersurai

Kecoh dua kumpulan penyokong PKR bertembung


[LIVE] Himpunan solidariti untuk menyokong Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin di Pejabat PKR Pulau Pinang, Bayan Baru, Pulau Pinang Laporan wartawan Syajaratulhuda Mohamad Rosli

Posted by Sinar Harian on Tuesday, January 28, 2020