Kecoh dua kumpulan penyokong PKR bertembung

Kumpulan penyokong mendesak Zuraida dipecat dan satu lagi kumpulan menyokong solidariti terhadap Zuraida di hadapan Pejabat PKR Perak.
Kumpulan penyokong mendesak Zuraida dipecat dan satu lagi kumpulan menyokong solidariti terhadap Zuraida di hadapan Pejabat PKR Perak.
A
A
A

IPOH - Perhimpunan solidariti terhadap Zuraida Kamaruddin di hadapan Pejabat PKR Perak bertukar kecoh apabila berlaku pertembungan dua kumpulan penyokong hari ini.

Penyokong seramai 500 orang itu saling mencabar dengan laungan kata 'hidup Zuraida' sebelum dibalas 'pecat Zuraida'.

Keadaan itu berlarutan selama lebih 5 minit, namun tiada sebarang provokasi atau kejadian tidak diingini berlaku.

Himpunan dimulakan oleh 300 ahli parti diketuai Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh sekitar jam 12.30 tengah hari dengan membawa plakad mendesak Zuraida selaku Naib Presiden PKR meletak jawatan.

Selang 40 minit selepas itu, satu lagi kumpulan disertai 200 ahli yang menyokong kepimpinan Zuraida hadir berhimpun di kawasan sama.

Himpunan diketuai Exco Kerajaan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari itu antara lain menggesa layanan adil diberikan terhadap Zuraida atas jasa dan pengorbanannya bersama parti sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, perhimpunan solidariti dijalankan secara serentak di seluruh negara, hari ini iaitu ketika Zuraida hadir ke ibu pejabat parti bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin.

Artikel Berkaitan: