Koronavirus: Kerajaan sedia laksana pakej rangsangan ekonomi

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan sudah bersedia untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi jika perlu walaupun masih terlalu awal untuk menilai impak koronavirus ke atas ekonomi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk kerajaan bertindak kerana ia perlu mengkaji dan menganalisis impak ke atas ekonomi.

“Yang penting kini ialah beri tumpuan dan sokongan terhadap usaha dan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan Malaysia selamat dan bebas daripada virus berkenaan,” katanya pada sidang media di sini.

Malaysia mencatat lapan kes disahkan koronavirus kesemuanya membabitkan warga China. - Bernama

Artikel Berkaitan: