Budak perempuan warga China dibenarkan keluar dari HSNZ hari ini

Isnin lepas, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan warga China yang didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti koronavirus.
Isnin lepas, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan warga China yang didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti koronavirus.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Isnin lepas setelah mempunyai simptom koronavirus akan dibenarkan pulang hari ini setelah pulih daripada demam dan sakit tekak.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kanak-kanak itu yang hanya mengalami demam biasa dan sakit tekak sudah sihat sepenuhnya setelah menerima rawatan di HSNZ.

"Keadaannya stabil dan kita jangka kanak-kanak itu boleh discaj hari ini," katanya menerusi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Isnin lepas, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan warga China yang didakwa dilarikan oleh ibu bapanya dari Hospital Kemaman selepas disyaki dijangkiti koronavirus.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang doktor Hospital Kemaman untuk mengesan kanak-kanak tersebut dan tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu berjaya ditemui di lokasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kemaman.

Ibu bapa kanak-kanak itu yang merupakan warganegara China adalah pekerja di kawasan projek ECRL Kemaman dan mereka telah berada di Terengganu sejak awal bulan lepas.

Mereka telah memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membawa kanak-kanak perempuan itu ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut dan mendakwa bukan melarikan diri sebaliknya tidak memahami penerangan doktor tersebut berikutan masalah komunikasi bahasa.

Hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati beliau tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) atau sebagai pesakit koronavirus dan pihak hospital telah memberikan rawatan biasa kepada kanak-kanak itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: