Kementerian Kewangan lulus peruntukan serta-merta untuk pengimbas suhu

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan meluluskan serta-merta peruntukan tambahan bagi 12 pengimbas suhu seperti dimohon Kementerian Kesihatan untuk diletakkan di pintu keluar masuk negara.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan terbabit dapat disalurkan secepat mungkin berikutan permohonan itu berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal.

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa.

“Kementerian Kewangan akan menyegerakan secara serta-merta peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: 26 hospital dipilih kendali kes koronavirus

“Pengimbas-pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan imigresen untuk mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi koronavirus dapat diperkukuhkan lagi di kawasan-kawasan masuk negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan sudah memohon peruntukan tambahan bagi menambah jumlah pengimbas suhu untuk diletakkan di pintu keluar masuk negara.

Dr Dzulkefly berkata, peralatan itu penting untuk mengesan mereka yang tiba di Malaysia yang menunjuk tanda-tanda dijangkiti wabak koronavirus.

Artikel Berkaitan: