ICERD: Ini pesanan TMJ buat rakyat Malaysia

Paparan Twitter TMJ.
Paparan Twitter TMJ.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpesan kepada setiap rakyat negara ini supaya bertanggungjawab kepada Perlembagaan negara.

Pesanan itu dikongsikan putera sulong Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu selepas ditanya salah seorang pengguna laman sosial Twitter mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Menurut Tunku Ismail, tanggungjawab itu merujuk kepada Perlembagaan negeri dan negara.

“Saya secara peribadi percaya ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan.

“Sama ada ia adalah Perlembagaan negeri atau pun negara,” katanya menerusi laman Twitter rasminya, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:


Berhubung perkara itu, Tunku Ismail berkata, rakyat juga seharusnya tidak melupakan tradisi, warisan dan sejarah yang berlaku di negara ini.

“Menjadi liberal dalam pembangunan dan inovasi adalah bagus, tetapi kita tidak seharusnya lupa tradisi, warisan dan sejarah kita,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter dengan nama, Tavamany bertanya kepada putera raja itu apakah tindakannya mengenai isu ICERD yang sedang hangat dibincangkan kini.