Kanak-kanak warga China dirawat di HSNZ tiada jangkitan koronavirus

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak warga China berusia lima tahun yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tidak dijangkiti koronavirus.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azimi Yunus ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kanak-kanak yang dimasukkan ke wad di hospital itu pada jam 6.15 petang tadi kini diberikan rawatan.

Terdahulu tular di media sosial mengenai laporan polis dibuat oleh seorang doktor mengatakan seorang kanak-kanak itu dilarikan ibu bapanya selepas didapati positif koronavirus.

Menurut laporan berkenaan, kanak-kanak itu tiba bersama ibu bapanya di Hospital Kemaman pada jam 12.34 tengah hari tadi untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mereka bertindak melarikan diri setelah disyaki dijangkiti koronavirus oleh seorang doktor yang bertugas di unit kecemasan hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Katanya, pihak polis telah mengesan kanak-kanak terbabit bersama ibu bapanya pada jam 2 petang dan telah dibawa ke HSNZ untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kita dah kesan kanak-kanak itu bersama ibu bapanya dan telah dibawa ke HSNZ untuk tindakan susulan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.