Koronavirus positif di pasar haiwan eksotik di Wuhan

Sejumlah 33 daripada keseluruhan 585 sampel yang diperoleh dari Pasar Huanan mengandungi asid nukleik 2019-nCoV.
Sejumlah 33 daripada keseluruhan 585 sampel yang diperoleh dari Pasar Huanan mengandungi asid nukleik 2019-nCoV.
A
A
A

BEIJING – Pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China.

Berdasarkan laporan Xinhua, wakil Institut Kebangsaan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit berkata, 33 daripada keseluruhan 585 sampel yang diperoleh dari pasar Huanan mengandungi asid nukleik 2019-nCoV.

Menurutnya, kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah meragut 80 nyawa itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu.

“Sejumlah 31 daripada 33 sampel positif diperoleh dari kawasan barat pasar berkenaan di mana terdapat banyak gerai menjual haiwan liar.

“Kejayaan pengasingan virus itu membuktikan Pasar Borong Makanan Laut Huanan mengandungi 2019-nCov dalam kuantiti yang cukup besar

“Keputusan itu memberi petunjuk penyebaran novel koronavirus berkait rapat dengan penjualan daging haiwan liar,” katanya.

Terdahulu, laporan media sebelum ini menyebut kebanyakan kes penyebaran penyakit berjangkit dari segi kedudukan geografi itu mempunyai hubung kait yang rapat antara epidemik dan pasar makanan laut itu.

Artikel Berkaitan: