X

Kindly register in order to view this article
!

Op Selamat 16: 12,948 kemalangan jalan raya dalam tempoh 8 hari

Azisman
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,948 kes kemalangan jalan raya membabitkan 19,409 kenderaan dalam tempoh lapan hari Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata jumlah kemalangan maut yang direkodkan bermula 18 Januari lalu pula sebanyak 113 kes.

“Daripada jumlah berkenaan, Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi dengan 3,870 kes diikuti Johor iaitu 2,005 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,540 kes," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Azisman berkata, bagi kes kemalangan maut, Selangor turut mencatatkan jumlah tertinggi dengan 23 kematian, Johor (15) kematian, Sarawak (14) manakala Kedah dan Kelantan masing-masing 11 kematian.

Menurutnya, jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Ops Sikap 16 ialah 205,414.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 128,539 atau 62.6 peratus daripada jumlah keseluruhan saman membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan ‘Q’ dan memotong di garisan berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Februari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus