Polis guna AMLATFPUAA siasat kes bagasi berisi lebih RM500,000

Gambar kecil: Hussein
Gambar kecil: Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan mengunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 bagi siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, akta itu akan digunakan sekiranya polis tidak dapat mengesan sumber penemuan bagasi berisi wang tunai terbabit.

"Jika pemilik bagasi berkenaan tidak dapat menunjukkan sumber wang tersebut, kita boleh mendakwanya di mahkamah mengikut AMLATFPUAA 2001.

"Kertas siasatan berkaitan kes itu sudah lengkap dan telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, kita masih menunggu arahan lanjut," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Anak Syurga bersama Al-Kauthar Eduqids dekat sini pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan individu yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.

Individu yang juga pengarah syarikat kayu balak itu mendakwa tidak menyedari bagasi yang mengandungi wang diambil dari rumah rakannya terletak di atas pusat beli-belah berkenaan tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.

Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!