Identiti lelaki letak bagasi berisi lebih RM500,000 dikenal pasti

Hussein (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai yang dijumpai dalam bagasi di tempat parkir di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
Hussein (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai yang dijumpai dalam bagasi di tempat parkir di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengenal pasti identiti seorang lelaki yang dipercayai meletakkan bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 yang ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli -belah di Damansara dekat sini 19 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, identiti individu itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit.

"Rakaman CCTV menunjukkan individu berkenaan membawa bagasi itu dan dia telah pun dirakam keterangan berkaitan perkara terbabit.

"Bagaimanapun dari mana dan motif dia membawa bagasi berisi wang tunai itu masih dalam siasatan," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 22 peringkat Selangor anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perkeso di Hentian Rehat dan Rawat Elmina arah utara, Lebuhraya Guthrie di sini pada Sabtu.

Katanya, siasatan masih dijalankan melibatkan pelbagai aspek berkaitan penemuan wang berkenaan.

"Setakat ini, polis telah memperolehi tujuh cap jari pada bagasi terbabit, dan siasatan dijalankan meliputi setiap sudut termasuk sumber wang itu.

"Seramai tiga lagi saksi akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan wang itu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan individu yang mendakwa pemilik bagasi berkenaan sudah tampil memberi keterangan.

Artikel Berkaitan:

individu berkenaan yang juga pengarah syarikat mendakwa tidak menyedari bagasi diambil dari rumah rakannya terletak di atas pusat beli-belah itu tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.

Pada 19 Mac, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28