X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek bakar tapak pelupusan sampah ditahan

Anggota bomba memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling.
A
A

SUNGAI PETANI - Suspek bakar tapak pelupusan sampah di Semeling sehingga mengakibatkan kebakaran besar sejak lima hari lalu ditahan ketika sedang membakar kabel, kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan kerana disyaki telah menyebabkan kebakaran di tapak pelupusan terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit yang dipercayai pengutip barangan lusuh ditahan ketika sedang leka membakar kabel di lokasi berkenaan.

"Setakat ini lelaki itumengakui telah membakar longgokan sampah bagi mendapatkan tembaga dan barangan bernilai,"katanya.

Beliau berkata, hasil laporan bomba mendapati terdapat unsur-unsur jenayah khianat hasil daripada tangkapan ke atas suspek itu.

Turut dirampas ialah beberapa kilo tembaga dan wayar yang dicuri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak Pelupusan Sampah Semeling masih terbakar

Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan.

Ujian air kencing ke atas lelaki terbabit mendapati positif dadah jenis morfin.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29A Akta Alam Sekitar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf