Op Selamat 16: 3,206 kemalangan di Selangor

Arjunaidi Mohamed (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Program Advokasi Op Selamat 16 sempena Tahun Baru Cina Peringkat Kontinjen Selangor di Plaza Tol Gombak hari ini. -Foto Bernama
Arjunaidi Mohamed (tiga, kiri) menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Program Advokasi Op Selamat 16 sempena Tahun Baru Cina Peringkat Kontinjen Selangor di Plaza Tol Gombak hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Sebanyak 3, 206 kemalangan direkodkan di Selangor dalam tempoh lima hari Op Selamat 16/2020 dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina yang bermula sejak 18 Januari hingga 23 Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes merupakan kemalangan maut dengan 20 kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan melibatkan 16 penunggang motosikal, dua pejalan kaki, dan masing-masing seorang pembonceng motosikal dan penunggang basikal.

“Berdasarkan operasi dan pemantauan dilakukan, didapati masih ramai pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan terutama undang-undang baharu seperti pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Op Selamat 16 Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini.

Arjunaidi turut menasihati berkata pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sementara itu polis Selangor telah menerima sebanyak 704 pemakluman balik kampung daripada pemilik rumah di seluruh negeri ini menerusi borang yang diisi di balai polis, VSP (Volunteer Smartphone Patrol) dan secara dalam talian.- Bernama

Artikel Berkaitan: