MB Selangor, Exco angkat sumpah hari ini

Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan di Istana Alam Shah, di sini pada jam 11 pagi ini. - Foto fail Bernama
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan di Istana Alam Shah, di sini pada jam 11 pagi ini. - Foto fail Bernama
A
A
A

KLANG - Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan berlangsung hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan akan diadakan di Istana Alam Shah, di sini pada jam 11 pagi ini.

Istiadat Angkat Sumpah Exco pula akan diadakan pada jam 2 petang.

Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan berlangsung hari ini.
Istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan berlangsung hari ini.

Khamis lalu, Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak Istana.

Terdahulu, PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Selangor selepas pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu.

Dalam pilihan raya tersebut, PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Artikel Berkaitan: