Selangor tawar alternatif pendek luluskan pembangunan tanah

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
A
A
A

BATU CAVES - Kerajaan negeri menawarkan kaedah alternatif 'fast track' bagi kelulusan permohonan pembangunan tanah di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan proses kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan infrastruktur sebagai salah satu inisiatif merancakkan pembangunan di Selangor.

Menurutnya, pelaksanaannya mengikut mekanisme pembayaran deposit premium yang digariskan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Kaedah ini dapat memendekkan proses pembangunan tanah yang sebelum ini mengambil masa antara 270 hari hingga setahun kepada 100 hari.

"Saya percaya ini akan dapat menarik pelabur untuk datang ke Selangor dan meningkatkan produktiviti rakyat Selangor, negeri dan Malaysia secara keseluruhan," katanya pada sidang media di pejabat Penghulu Mukim Batu di sini, hari ini.

Katanya, Selangor terus komited meneruskan usaha dan reformasi berterusan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, pelaksanaan di bawah Dasar Kelulusan 100 Hari itu diputuskan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor yang diadakan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: