Koronavirus: Angka kematian di China meningkat kepada 25
BEIJING- Angka kematian akibat wabak koronavirus meningkat kepada 25 orang dengan bilangan kes melonjak kepada 830 kes selepas ia kini merebak di bandar-bandar utama seluruh negara.
Peningkatan jumlah yang ketara itu dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan situasi itu belum menjadi kecemasan kesihatan global.
WHO memberi alasan tersebut kerana mereka masih memerlukan maklumat lanjut sebelum langkah itu dibuat.
Difahamkan, jawatankuasa kecemasan akan bertemu sekali lagi pada hari ini selepas Pengerusinya, Didier Houssin memaklumkan pakar gagal mencapai kesepakatan tentang perkara tersebut.
Bagaimanapun, agensi itu turut mengesahkan virus tersebut boleh disebarkan antara manusia terutamanya mereka yang berhubungan rapat dengan pesakit.
Dalam pada itu, China mengenakan perintah kuarantin terhadap hampir 20 juta penduduknya di Wuhan dan beberapa bandar berdekatan sebagai tindakan susulan terhadap virus itu.Pusat beli belah di Wuhan pula dilihat sunyi selepas pihak berkuasa memberitahu penduduk supaya tidak meninggalkan bandar yang mempunyai 11 juta penduduk di mana kes pertama dikenal pasti. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN Virus korona: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang
'Cuaca luar biasa ini rahmat bagi kami'
'Spiderman', 'Spiderwomen' dicekup polis
Perancis pertimbang sekatan baharu ke atas peneroka haram Israel
Arab Saudi bakal ada calon Miss Universe?
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Peniaga dibunuh kejam kerana dendam
'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan
Clayton akhiri pemburuan Perak FC