Arab Saudi bakal ada calon Miss Universe?

Rumy al-Qahtani. Agensi
Rumy al-Qahtani. Agensi
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi berkemungkinan akan mempunyai peserta ratu cantik Miss Universe pada tahun ini, menurut penganjur selepas seorang model fesyen dan pempengaruh mendakwa dia telah dipilih.

Pertubuhan Miss Universe 'sedang menjalani proses pemeriksaan ketat untuk mencari calon berpotensi untuk dipertandingkan mewakili Arab Saudi," menurut penyelaras perhubungan antarabangsa, Maria Jose kepada AFP.

"Kami akan membuat keputusan terhadap Pengarah Kebangsaan Arab Saudi dalam masa terdekat dan Riyadh 'berkemungkinan mempunyai peserta sebelum edisi pertandingan berikutnya yang dijadualkan berlangsung di Mexico pada September depan," tambahnya.

Kenyataan itu dibuat selepas model Arab Saudi, Rumy al-Qahtani telah menghebohkan dalam siaran di media sosial bahawa dia telah diberi 'penghormatan' mewakili negaranya di Miss Universe pada acara akan datang.

Dalam siaran itu memaparkan Rumy berusia 27 tahun yang berasal dari Riyadh memakai pakaian labuci sambil memegang bendera Arab Saudi.

Tidak sampai seminggu, Miss Universe mengeluarkan kenyataan merujuk siaran Rumy dalam media sosial itu adalah palsu dan mengelirukan dan mereka mendakwa tiada proses pemilihan dijalankan di negara Teluk itu. - AFP

Artikel Berkaitan: