'Spiderman', 'Spiderwomen' dicekup polis

'Spiderman' dan 'Spiderwomen' India dicekup polis New Delhi kerana melakukan aksi berbahaya atas motosikal. Foto Agensi
'Spiderman' dan 'Spiderwomen' India dicekup polis New Delhi kerana melakukan aksi berbahaya atas motosikal. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Akibat teruja buat aksi 'stunt' yang tidak kena tempat, seorang lelaki dan seorang wanita yang berpakaian adiwira 'Spiderman' dan 'Spiderwomen' telah ditahan polis selepas didapati membuat tindak tanduk berbahaya atas motosikal di jalan raya sekitar Dwarka, New Delhi, India.

Selain didakwa melakukan aksi itu, pasangan dikenali sebagai Aditya, 20, dan rakannya berusia 19 tahun turut didakwa menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan nombor plat.

Mereka memperkenalkan diri sebagai 'Spiderman dan 'Spiderwoman' India dan aksi itu dimuat naik dalam akaun Instagram dengan bertajuk 'Spiderman Nagafgarh Part 5'.

Dalam video itu, Spiderwomen mendekati rakan-rakan di kejiranannya dan bersalam dengan mereka.

Kemudian dia menunggang motosikal dan menuju ke jalan raya sekitar New Delhi.

Kemudian semasa dalam perjalanan, mereka dilihat bercakap antara satu sama lain dan tiba-tiba melakukan gerakan seperti mendepa tangan atas motosikal.

Selepas video mereka tular di media sosial, polis trafik New Delhi berjaya menahan mereka dan mengenakan saman di bawah Akta Kenderaan Bermotor.

Pasangan itu dilaporkan memuat aksi mereka dalam akaun Instagram bertajuk 'India Spidey Official' telah mempunyai 10,000 pengikut dan beberapa video mereka mendapat lebih 70,000 tanda suka. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: