X

Kindly register in order to view this article
!

Virus korona: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan

Antara laporan Sinar Harian berkaitan wabak virus korona di Wuhan.
A
A

KUALA LUMPUR - China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan susulan penularan wabak virus korona.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di wilayah berkenaan tidak dibenarkan keluar.

"Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula jam 10 pagi ini. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan," menurut catatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus misteri Wuhan disebarkan antara manusia

Media semalam melaporkan setakat ini sembilan maut akibat virus itu manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan virus berkenaan telah memasuki negara itu.

Pada Isnin lalu, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan virus korona baharu itu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!