MPSJ rancang bina tempat buang puntung rokok

No Image Caption
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merancang untuk menggunakan peruntukan diberikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membina tempat pembuangan puntung rokok di kawasan seliaan mereka.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, MPSJ tidak akan menggunakan wang peruntukan itu bagi membina kawasan khas namun hanya menumpukan mewujudkan tempat pembuangan puntung rokok bagi menggelakkan ia dibuang sesuka hati.

Menurutnya, penyediaan tempat pembuangan puntung rokok itu juga dirancang dibina di sekitar restoran makanan yang beroperasi sekitar Subang Jaya.

"Kalau kita bina satu kawasan khas merokok, ia seolah tidak efektif kerana di kawasan Subang Jaya terdapat sekitar 4,000 restoran dan untuk sediakan di semua kawasan ini adalah mustahil.

"Oleh sebab itu kita setuju guna peruntukan diberi KPKT untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPSJ di sini hari ini.

Pada 7 Januari lalu, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin memaklumkan pihaknya akan memperuntukkan RM1 juta kepada 155 PBT di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: RM1 juta kepada PBT bina kawasan khas merokok di tempat awam

Zuraida berkata, sebanyak RM5,000 akan diperuntukkan kepada PBT yang mengemukakan permohonan kepada kementerian selepas mengenal pasti lokasi pembinaannya.

Artikel Berkaitan: