Belanjawan 2025: Malpam, AADK rayu peruntukan lebih besar

Abdullah
Abdullah
A
A
A

RAUB - Majlis Lembaga Pelawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia (Malpam) merayu supaya kerajaan mengkaji semula peruntukan kepada pihaknya dalam memerangi dadah habis-habisan di negara ini

Presidennya, Datuk Abdullah Abdul Bakar berkata, pihaknya berharap Belanjawan 2025 dijangka pada Oktober depan memandang serius susulan kesukaran yang dihadapi dalam menangani isu dadah yang juga musuh nombor satu negara.

"Kita merayu dan memohon KDN (Kementerian Dalam Negeri) mengangkat isu ini kepada Kementerian Kewangan untuk lihat semula bajet AADK dan Malpam kerana peruntukan yang ada setakat ini tidak memadai.

"Kita perlu ada reformasi menyeluruh dan memerlukan dana khas. Jika kerajaan sanggup memperuntukkan banyak buat pendidikan, kesihatan dan lain-lain kenapa pula pihak kerajaan tidak memperuntukkan dana besar untuk memerangi dadah habis habisan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan berkata, Malaysia perlu mengambil contoh negara jiran bagaimana mereka memerangi dadah yang memiliki strategi sendiri.

"Kita yakin dengan AADK tapi kemampuan mereka sangat terhad, hinggakan makmal ujian air kencing terhad, bagaimana nak pergi jauh dan Pahang sendiri terpaksa hantar ke makmal di Terengganu, ambil masa untuk dapat keputusan.

"Yang pertama kali terlibat dadah tak selesai kemudian kes berulang terjadi, tangkapan dadah setiap hari dan ia terjadi kerana kita kekurangan banyak perkara dan tidak boleh serah sepenuhnya kepada AADK yang dalam keadaan serba kekurangan," tegas beliau.

Jelas Abdullah, sudah sampai masanya belanjawan kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil kira peruntukan yang lebih banyak untuk AADK dan memperkasakan Malpam sendiri kerana peranan mereka sangat penting untuk memerangi dadah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Abdullah juga menggesa kewujudan mahkamah khas untuk dadah di negara ini.

"Ini sangat penting supaya perkara berkaitan dadah dapat diselesaikan segera," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!