Keberanian tujuh pemuda selamatkan mangsa nahas raih pujian Perdana Menteri

Tujuh pemuda bertindak terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua anaknya selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik berkenaan.
Tujuh pemuda bertindak terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua anaknya selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas tujuh pemuda yang terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu serta dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Tasik Biru, Kundang dekat sini, Isnin lepas, mendapat perhatian dan pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menzahirkan rasa tersentuh dan penghargaan atas tindakan nekad pemuda berkenaan yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan tiga nyawa.

"Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

"Saya juga mendoakan agar ibu serta kedua-dua anak ini diberi kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan ALLAH SWT,” kata beliau.

Media hari ini melaporkan keberanian tujuh pemuda itu yang bertindak terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua anaknya selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, wanita berusia lingkungan 40-an bersama dengan dua anak perempuannya yang masing-masing berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tujuh pemuda terjun ke dalam tasik Tasik Biru, Kundang untuk menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil
  • Tindakan mereka mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri menyatakan rasa tersentuh dan menghargai tindakan berani pemuda tersebut
  • Ibu dan dua anak itu berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan Kejadian terjadi kira-kira 12 tengah malam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!