Virus misteri Wuhan disebarkan antara manusia

Profesor Perubatan Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan di Universiti Hong Kong, Gabriel Leung memberi penerangan tentang penularan wabak virus korona misteri di China. - Foto AFP
Profesor Perubatan Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan di Universiti Hong Kong, Gabriel Leung memberi penerangan tentang penularan wabak virus korona misteri di China. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - China lewat malam tadi mengesahkan wabak baharu seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) boleh disebarkan antara manusia selepas jumlah kes jangkitan meningkat selain angka kematian mencecah empat orang semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia mungkin akan mempertimbangkan untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam susulan penularan wabak tersebut yang pertama kali dilaporkan di pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan bulan lalu.

Virus korona terbabit kini menular di Jepun, Thailand dan Korea Selatan, dilapor menjangkiti lebih 200 individu di China.

ARTIKEL BERKAITAN: Wabak virus korona dikesan di Korea Selatan

Wabak misteri Wuhan

Kebimbangan semakin meningkat berikutan ia terdapat persamaan genetik dengan SARS yang meragut hampir 650 nyawa di China dan Hong Kong pada tahun 2002 hingga 2003.

Kes jangkitan pneumonia atau radang paru-paru itu turut disahkan di Shanghai dan lima lagi disahkan positif di Beijing.

Sementara itu, seorang lelaki yang berkunjung ke Wuhan dan menunjukkan simptom jangkitan telah diasingkan di Australia sementara menunggu ujian pemeriksaan ke atasnya. - AFP

Artikel Berkaitan: